Wabak-wabak Wabak Mesir

Berikut merupakan ringkasan wabak yang tertera dalam bab 7-12 Exodus.

Permulaan (5:1 - 5:9, 7:8 - 7:13)

Musa dan Harun menghadap Firaun dan menyampaikan perintah Tuhan agar membenarkan Kaum Israil dilepaskan untuk menyambut hari suci. Selepas penolakan pertama oleh Firaun, Tuhan menghantar Musa dan Harun untuk menunjukkannya tanda mukjizat sebagai amaran - iaitu tongkat yang dipegang Harun bertukar menjadi ular. Para ahli sihir Firaum turut mampu menukarkan tongkat mereka menjadi tali tetapi tongkat tadi menelan semua ular ahli sihir. Firaun tetap tidak goyah pendiriannya.

Darah (7:14 - 7:25) דם

Wabak pertama adalah darah. Tuhan memerintahkan Harun untuk turun ke sungai Nil bersama tongkat lalu semua air bertukar mejadi darah. Dengan itu, segala ikan di dalam sungai mati lalu memberikan Mesir bau yang busuk. Punca air bagi masyarakat Mesir adalah telaga (7:19). Ahli sihir Firaun turut menunjukkan yang mereka mampu menukarkan air kepada darah juga. Ini membuatkan Firaun tetap tidak akur pada permintaan yang dibawa Musa. Wabak ini berlarutan selama tujuh hari.

Katak (7:26 - 8:11) צפרדע

Wabak Mesir kedua ialah katak. Tuhan memerintahkan Harun untuk membentengkan tongkatnya ke atas air, lalu berduyun-duyun katak muncul dan memenuhi Mesir. Ahli sihir Firaun juga mampu menambahkan wabak ini dengan sihir mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan mereka tidak mampu menhilangkannya, Firaun terpaksa memenuhi permintaan Musa untuk mengalihkan katak-katak tersebut. Untuk membuktikan yang wabak tersebut adalah hukuman Tuhan, Musa membiarkan Firaun memilih masa untuk semua itu berakhir. Firaun memilih hari berikutnya dan semua katak mati pada keesokan harinya. Tetapi, Firaun membatalkan kebenaran dan Bani Israil terpaksa tinggal di Mesir.

Pinjal, pijat atau kutu (8:12 - 8:15) כינים

Wabak ketiga ialah pinjal. Tuhan memerintahkan Harun untuk membawa tongkat dan membentangkannya pada debu yang kemudian bertukar menjadi pinjal yang sangat banyak hingga masyarakat Mesir tidak mampu mengusirnya. Ahli sihir memanggil hal ini sebagai "Jari Tuhan" memandangkan mereka tidak mampu melakukannya dengan sihir mereka.

Haiwan atau lalat (8:16 - 8:28) ערוב

Wabak keempat Mesir ialah Arov. Peringatan selalunya merujukkan perkataan ini sebagai lalat, tetapi ada yang memahaminya sebagai haiwan liar, yang memampu membahayakan manusia, tenakan dan tanaman. Taurat menegaskan yang arov hanya datang kepada masyarakat Mesir (Qibti) dan tidak mempengaruhi Tanah Goshen (tempat orang Yahudi menetap). Firaun meminta Musa untuk menghilangkan wabak ini dan berjanji untuk membenarkan Bani Israil menyembah dan beribadat kepada Tuhan di tempat lain. Walau bagaimanapun, selepas wabak tersebut pulih, Firaun tetap berkeras hati dan mengingkari janjinya.

Wabak (9:1 - 9:7) דבר

Wabak yang kelima adalah wabak sebenar iaitu penyakit kulit yang menjangkiti ternakan masyarakat Mesir iaitu kuda, keldai, unta, lembu, biri-biri dan kambing. Ternakan Bani Israil tidak terlibat dan sekali lagi Firaun tidak berkompromi.

Bisul (9:8 - 9:12) שחין

Wabak keenam adalah Shkhin (sh'chin). Shkhin adalah sejenis penyakit kulit yang lazimnya diterjemahkan sebagai "bisul". Tuhan memerintahkan Musa dan Harun untuk mengambil dua genggam penuh debu dari perabot yang telah terbakar yang Musa taburkan ke udara di hadapan Firaun. Debu tersebut menghasilkan Shkhin yang bernanah pada masyararakat Mesir dan ternakan mereka. Ahli sihir turut terjangkit seperti yang lain dan tidak mampu mengubatinya sendiri seperti juga yang lain.

Ribut taufan (hujan batu berapi) (9:13 - 9:35) ברד

Wabak ketujuh adalah ribut yang memusnahkan. Tuhan memerintahkan Musa untuk merengangkan tongkatnya ke udara yang menjadi tempat ribut bermula. Ia adalah lebih pelik berbanding wabak sebelumnya kerana hujan batu yang menghujani beserta dengan api. Hujan batu tersebut memusnahkan kebun dan ladang serta masyarakat Mesir dan ternakan mereka. Ribut tersebut melanda seluruh Mesir kecuali Tanah Goshen. Firaun meminta Musa untuk mengalihkan ribut tersebut dan berjanji untuk membenarkan Bani Israil untuk beribadat kepada Tuhan. Sebagai petunjuk kekuasaan Tuhan ke atas dunia, ribut tersebut berhenti sebaik sahaja Musa berdoa kepada Tuhan - hujan batu yang masih di atas tidak turun lagi malah terus hilang. Walau bagaimanapun, setelah ribut reda, Firaun masih berkeras hati dan mengingkari janjinya.

Belalang juta (10:1 - 10:20) ארבה

Wabak kelapan Mesir adalah belalang juta. Sebelum itu, Tuhan telah memberitahu Musa yang mulai saat itu, Dia akan "mengeraskan hati Firaun" (seperti yang dijanjikan) supaya Firaun tidak mengalah dan mukjizat yang lainnya akan tetap berlaku.

Seperti juga wabak sebelumnya, Musa menghadap FIraun dan memberi amaran kepadanya akan penularan wabak belalang juta. Para pegawai Firaun merayu kepada Firaun untuk membebaskan kaum Yahudi pergi daripada merana akan kesan yang dihadapi dari sekumpulan besar belalang juta tetapi Firaun tetap tidak mahu melepaskan mereka. Dia mencadangkan satu tolak ansur: Kaum lelaki Bani Israil dibenarkan pergi tetapi wanita, kanak-kanak dan ternakan perlu ditinggalkan di Mesir. Musa mengulangi perintah Tuhan yang setiap manusia dan haiwan perlu dilepaskan pergi tetapi Firaun tetap menolak.

Tuhan kemudian memerintahkan Musa merentangi tongkat baginda dan angin menderu dari timur. Angin tersebut berterusan pada hari yang berikutnya dan membawa kawanan belalang juta. Kawanan tersebut memenuhi langit dan menggelapkan Mesir. Kawanan tersebut mengerumuni ladang hinggakan tiada tumbuhan dan pohon yang tertinggal. Sekali lagi Firaun meminta Musa mengalihkan wabak ini dan berjanji untuk membebaskan Bani Israil ke padang pasir untuk beribadat. Seperti yang dijanjikan, Tuhan tetap mengeraskan hati Firaun dan dia tidak membenarkan kaum Israil dibebaskan.

Kegelapan (10:21 - 10:29) חושך

Tuhan mengarahkan Musa untuk melunjurkan tangan baginda ke seluruh Mesir dan ini menghasilkan kegelapan yang benar-benar sempurna dan berlarutan selama tiga hari. Kegelapan ini bukanlah kegelapan biasa yang boleh dielakkan. Walau bagaimanapun, kaum Israil mampu melihat dengan terang dan baik. Selepas wabak tersebut tamat, Firaun memanggil Musa dan cuba untuk tawar-menawar. Firaun menawarkan untuk membebaskan semua Bani Israil pergi tetapi mereka perlu meninggalkan ternakan mereka di Mesir. Musa menolak syarat ini malah Firaun perlu menyediakan korban selagi Bani Israil boleh pergi. Ini menaikkan kemarahan Firaun dan dia mengancam Musa dengan kematian yang tidak akan ada dan tidak pernah ada lagi seperti itu lagi.

Kematian anak sulung (11:1 - 12:36) מכת בכורות

Wabak kesepuluh dan terakhir Mesir adalah kematian anak lelaki pertama dari semua kalangan rakyat Mesir - tiada yang terlepas, dari anak lelaki pertama golongan hamba terendah hinggalah putera sulung Firaun sendiri, termasuklah anak pertama haiwan ternakan mereka. Inilah azab yang paling dahsyat yang melanda Mesir yang akhirnya membuatkan Firaun beralah dan membenarkan Bani Israil pergi.

Tuhan memberitahu Musa yang wabak ini akan membuatkan Firaun membenarkan Bani Israil pergi dan memerintahkannya untuk membuat semua bersedia. Tuhan juga memerintah Musa untuk menjalankan upacara Pesah - mengorbankan seekor kambinig untuk Tuhan, dan memakan Matzot ("Roti Orang Miskin" לחם עוני). Tuhan memberitahu Musa untuk memberitahu kaum Yahudi untuk menandakan pintu rumah mereka dengan darah kambing supaya wabak maut hanya melintas lalu kawasan mereka.

Pada tengah malam, Tuhan sendiri datang ke Mesir dan memerintahkan Malaikat maut untuk mengambil semua nyawa anak lelaki pertama masyarakat Mesir termasuk putera pertama Firaun. Pada malam itu, tangisan yang hebat berlaku di Mesir yang tidak pernah dan tidak akan ada lagi seperti itu. Seperti yang diberitahu, tiada anak sulung lelaki Israil yang terbunuh malam itu.

Selepas itu, Firaun dengan marah dan sedih memerintahkan Bani Israil untuk pergi dan membawa apa yang mereka mahu. Kaum Israil tidak teragak-agak dan pada penghujung malam, Musa mengetuai mereka keluar dari Mesir.